OPAC |      PERPUSTAKAAN |    PERKHIDMATAN |    PERATURAN |     FAQ
 
 
1.Bilakah waktu perkhidmatan perpustakaan?
 
WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM
 HARI MASA
 ISNIN 10.00 Pagi - 7.00 Petang
 SELASA - JUMAAT 9.30 Pagi - 7.00 Petang
 SABTU & AHAD 9.00 Pagi - 5.00 Petang

WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN DAERAH, CAWANGAN, PEKAN
 HARI MASA
 ISNIN - JUMAAT 9.00 Pagi - 6.00 Petang
 SABTU * 9.00 Pagi - 5.30 Petang

WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN DESA
 HARI MASA
 ISNIN - KHAMIS 9.00 Pagi - 6.00 Petang
(Tutup 1.00 Petang - 2.00 Petang)
 JUMAAT 9.00 Pagi - 6.00 Petang
(Tutup 12.15 Tengah hari - 2.45 Petang)
 SABTU * 9.00 Pagi - 5.30 Petang
(Tutup 1.00 Petang - 2.00 Petang)

 * Perpustakaan DIBUKA pada Minggu Kedua dan Keempat pada setiap bulan & DITUTUP pada hari Isnin yang berikutnya.
 Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.
 Waktu Perkhidmatan PPAS adalah tertakluk kepada pindaan.
 Waktu perkhidmatan Perpustakaan juga boleh di lihat di pintu masuk Perpustakaan dan laman web perpustakaan iaitu di http://www.ppas.org.my/perkhidmatan.htm

2.Bagaimana untuk menjadi ahli perpustakaan, adakah bayaran dikenakan dan apakah syarat-syaratnya?
 Pendaftaran Ahli Perpustakaan PPAS adalah PERCUMA dan terbuka kepada warganegara yang bermastautin di Selangor. Pengguna boleh mendapatkan borang pendaftaran di Kaunter Pendaftaran Keahlian. Cara pendaftaran & syarat-syarat untuk menjadi Ahli Perpustakaan boleh dirujuk pada borang pendaftaran dan juga pada Laman Web PPAS iaitu di http://www.ppas.org.my/perkhidmatan.htm

3.Berapakah jumlah buku atau bahan yang boleh saya pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan-bahan tersebut?
 Jumlah pinjaman bahan adalah 3 BUAH dan jangka masa pinjaman selama 3 MINGGU. Perlanjutan tempoh pinjaman boleh dilakukan selama 3 minggu di kaunter pinjaman atau melalui telefon (sila dapatkan nombor telefon perpustakaan berkaitan) sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.

4.Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam, bolehkah ianya dipulangkan di perpustakaan daerah/cawangan atau di perpustakaan lain yang dikendalikan oleh PPAS?
 Buat masa sekarang semua buku/ bahan mesti dipulangkan di perpustakaan di mana buku/ bahan tersebut dipinjam sahaja.

5.Bolehkah mencari maklumat bahan/ buku yang terdapat di perpustakaan Awam Selangor melalui internet?
 Maklumat bahan/ buku boleh dicari menggunakan terminal OPAC yang disediakan di dalam perpustakaan atau melalui internet di rumah.
 
Layari Laman Web http://www.ppas-cawangan.org.my/webopac/index.php atau http://www.ppas.org.my

6.Apakah perkhidmatan yang terdapat di PPAS?
 Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan di PPAS di antaranya ialah:
 
• Pinjaman & Pemulangan bahan
• Rujukan
• Perkhidmatan Multimedia Perkhidmatan Pusat Komuniti IT (PKIT)
• Perkhidmatan Universal Service Provision (USP)
• Perpustakaan Bergerak
 * Namun begitu, tidak semua perpustakaan menyediakan perkhidmatan tersebut

7.Bagaimana untuk mendapatkan buku rujukan, majalah, jurnal dan buku-buku peperiksaan? Di bahagian manakah bahan-bahan ini boleh didapati?
 Bahan-bahan ini boleh didapati di Bahagian Rujukan sesebuah perpustakaan.

8.Adakah pihak PPAS menyediakan kemudahan seperti dewan atau bilik seminar untuk mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti? Nyatakan bagaimana caranya untuk memohon penggunaannya dan kadar bayaran sekiranya ada.
 PPAS ada menyediakan kemudahan tersebut bagi mengadakan aktiviti di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dan perpustakaan daerah/cawangan yang tertentu. Sila berhubung dengan Bahagian Pentadbiran/Kewangan di talian 03-55197667 bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai cara penggunaannya dan kadar bayarannya.

 
Hakcipta 2008 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Powered by Teknologi Alphatek WebOPAC Version 2.0
Tarikh Kemas Kini 29 Julai 2008