| PERATURAN |
| 1. | Pembaca tidak dibenarkan membuat tanda dengan pensil, melipat muka surat buku, merosakkan buku-buku, majalah, alat-alat, perabut-perabut dan barang-barang lain. |
| 2. | Buku-buku tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan kecuali buku yang dipinjam. |
| 3. | Pembaca hendaklah menunjukkan kepada kakitangan yang bertugas segala buku-buku yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan. |
| 4. | Pembaca tidak dibenarkan tidur atau baring di atas kerusi, meja atau lantai. |
| 5. | Pembaca tidak dibenarkan bercakap, berbincang dan membuat bising. |
| 6. | Pembaca tidak dibenarkan membawa atau menjual makanan dan minuman di dalam perpustakaan. |
| 7. | Pembaca tidak dibenarkan makan-minum, merokok dan meludah dimana-mana tempat. |
| 8. | Pembaca hendaklah berpakaian tertib dan bersih apabila masuk ke perpustakaan. |
| 9. | Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan. |
| 10. | Pegawai Perpustakaan atau kakitangan perpustakaan yang bertugas mempunyai kuasa meminta seseorang pembaca yang mengganggu ketenteraman keluar dari perpustakaan. |
| 11. | Pihak perpustakaan berkuasa untuk menarik barang-barang perpustakaan seperti buku dan lain-lain daripada pembaca yang melanggar undang-undang perpustakaan. mereka ini tidak dibenarkan memasuki perpustakaan. |
| 12. | Pegawai perpustakaan mempunyai hak untuk tidak membenarkan masuk atau keluar pembaca yang berkelakuan sumbang. |
| 13. | Kemudahan menggunakan perpustakaan akan ditarik balik jika seseorang itu gagal mematuhi undang-undang tersebut di atas. |
| 14. | Tiap-tiap seseorang yang berada di mana-mana bahagian perpustakaan adalah membuat kesalahan sekiranya melakukan perkara-perkara berikut : |
| |
| a) Membuat perkara-perkara liar atau berkelakuan tidak senonoh |
| b) Berjudi atau bertaruh |
| c) Melakukan kekerasan atau menggunakan perkataan yang kotor |
| d) Mereka yang terus tinggal di dalam perpustakaan walaupun perpustakaan telah ditutup |
|
| Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit atau dua bulan penjara, atau bagi kesalahan kedua atau yang kemudiannya dikenakan tidak lebih daripada enam ratus ringgit atau empat bulan penjara. |
| SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA PENGETAHUAN |