OPAC |      PERPUSTAKAAN |    PERKHIDMATAN |    PERATURAN |     FAQ
 
 
PERKHIDMATAN
Keahlian
 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ini terbuka kepada:
 
(i)Warganegara Malaysia.
(ii)Mereka hendaklah mendaftarkan diri sebagai ahli.
(iii)Mereka mengaku patuh kepada peraturan-peraturan perpustakaan sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
(iv)Keahlian perpustakaan adalah percuma.
Pendaftaran
 Kategori Keahlian
 
(i)Mereka yang berumur 12 tahun ke bawah dikategorikan sebagai Kanak-Kanak.
(ii)Mereka yang berumur 13 hingga 19 tahun akan dikategorikan sebagai Remaja.
(iii)Mereka yang berumur 20 tahun ke atas akan dikategorikan sebagai Dewasa.
 Permohonan Pendaftaran Ahli Perpustakaan
 
(i)Pemohon hendaklah mengisi Borang Pendaftaran Keahlian mengikut kategori yang ditetapkan dengan lengkap.
(ii)Syarat-syarat membuat permohonan adalah seperti yang dinyatakan di dalam Borang Pendaftaran Keahlian yang berikut:-
  (a)Keahlian Dewasa (Borang Merah)
  (b)Keahlian Remaja (Borang Hijau)
  (c)Keahlian Kanak-Kanak (Borang Kuning)
(iii)Proses keahlian adalah sekurang-kurangnya lima (5) hari waktu bekerja dari tarikh pendaftaran.
(iv)Tempoh keahlian adalah selama dua (2) tahun. Ahli dikehendaki memperbaharui pendaftaran sekiranya ingin meneruskan keahlian.
Pembaharuan
 Sila baca dengan teliti syarat dan peraturan untuk membaharuhi keahlian anda:-
 
(i)Sila bawa kad pengenalan bila memperbaharui keahlian.
(ii)Pengguna boleh membuat urusan pinjaman dan pemulangan sebelum memperbaharuhi keahlian.
(iii)Proses pembaharuan keahlian adalah tiga (3) hari bekerja dari tarikh urusan dibuat.
Pinjaman / Pemulangan
 
(i)Ahli dibenarkan meminjam tiga (3) naskhah buku untuk tempoh tiga (3) minggu.
(ii)Perlanjutan tempoh pinjaman boleh dilakukan selama tiga (3) minggu di kaunter pinjaman atau melalui telefon sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.
(iii)Ahli yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda 10 sen sehari.
(iv)Ahli dikehendaki membayar harga buku bagi kehilangan dan kerosakan teruk pada buku.
 SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA PENGETAHUAN
 
Hakcipta 2008 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Powered by Teknologi Alphatek WebOPAC Version 2.0
Tarikh Kemas Kini 29 Julai 2008